AJIM's FRIEND

Saturday, March 17, 2018

Setelah 7 tahun berehat.. I AM BACK!

7 tahun berehat dari dunia Blog..

Bukan satu jangka masa yang pendek..
Semuanya kerana kekecewaan yang sangat sakit untuk dijelaskan.. Hanya yg pernah merasa sakitnya ditinggalkan ketika bahagia akan faham perasaan tu..

Tapi, biarlah semua tu berlalu.. 
Kita kembali dengan semangat baru.. Usia dh semakin meningkat! Tahun ni dh nk menjengah usia 31 tahun.. Wow! Cepat sungguh masa berlalu! Skill mengarang pun semakin lemah & perlu dibaiki lagi.. Hahaha..

Yang penting, kita senyum dulu! 
Baru nampak awet muda uollllsss!!

So, ape yang dh berlaku sejak 7 tahun lepas?

1. Aku dh graduate dr UiTM dgn Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Seni Kulinari.
2. Aku pernah bekerja dgn Starbucks Coffee Company for 3 tahun setengah! My last position was a Store Manager in Starbucks Genting Permai Drive Thru.
3. Then, aku letak jawatan kerana tekanan kerja yg teramat tinggi & mengganggu tahap kesihatan mental aku. Dapat DEPRESSION weyyyy!! Takkan aku nk biarkan je dari aku hanyut & terseksa dalam keadaan tu? Better make a move!
4. Then aku berkerja dgn ASTRO sampai skrg. Bulan April ni genap lah 3 tahun aku berkhidmat dengan syarikat penyiaran terbesar Malaysia ni. Tak perlu tanya detail sgt lah jawatan aku tu.. Hahahaha.. Kojer biasa2 yg lebih membahagiakan! Hahaha..

Alhamdulillah! Berjaya tamat pengajian di UiTM!

Zaman kegemilangan di Starbucks Coffee Company!

Personal life?? Ermmmm.. Bosan! Disebabkan aku hadapi masalah cinta 8 tahun lalu tu, aku lebih banyak menyendiri, murung, bersedih & takde ape yg menarik pun! Pernah cuba untuk lupakan kisah lalu & terima org baru sekitar 2013 hingga 2015, 2 tahun kami bersama. Tapi maybe aku ni bersikap hambar & tak pandai nk membahagiakan dia (still susah nk move on dr cinta lama), so kami break up. Tak banyak kenangan manis yg ada. Maybe sbb hati aku tidak mencintai dia 100% mcm cinta sebelumnya. So, I blame myself on this.. 

Since 2015, mmg takde komitmen dgn siapa2.. Better this way dari aku menyakiti hati org lain.. So, aku hanya luangkan masa lapang dgn keluarga atau kawan2 rapat je.. Byk impian aku yg musnah hingga aku give up pasal life aku! Klu dulu aku sgt minat menyanyi & post on Youtube, aku berhenti hobi tu. Aku hanya kluar karok 2 bulan skali & post video once in a blue moon. Semangat aku hilang & hancur! Sumpah.. Aku rasa hidup aku in the past 8 years was so miserable!

Antara kegagalan yang aku alami sepanjang tempoh 7thn lalu:

1. Gagal dalam pemilihan Protege kpd Ramlah Ram dlm Mentor 6. Masa tu aku dh shortlisted 2 org peserta akhir ok! Ni antara punca impian aku dlm bidang muzik hancur berkecai. Punah berderai!


2. Kegagalan vokal grup 3VOD akibat krisis dalaman. Yg ni tak nak ulas lebih lanjut. Kang buka aib pulak!
Hanya tinggal kenangan..

3. Gagal dlm percintaan. Tu lahhhhh.. Siapa suruh bercinta dgn org yg ada level insecurity tahap tinggi?? Penat lah nk gaduh berkaitan hal2 kecik.. Lol!

2018 ni, aku nk cuba kembalikan sinar hidup baru semula. Aku dh mula teruskan semula hobi aku dlm bidang nyanyian. So, klu korang nk tgok video2 baru aku, just follow my Smule account. Cari je "azim_kzaman" & click follow. Hal-hal2 lain tu nanti2 jelah.. Malas nk fikir! 


The reason why aku kembali menulis blog, ini adalah cara utk aku luahkan rasa hati yg terpendam. Tak kira lah masalah peribadi, rasa bahagia atau sebarang cabaran yang mungkin terjadi di masa hadapan. Org kata, klu tak dapat nk luahkan perasaan melalui kata2, better kita luahkan melalui penulisan. Sumpah aku rasa sangat lega lepas menulis ni..

I'allah.. Aku akan cuba menulis semula sekerap yang mungkin. Klu xde siapa nak baca pun, aku baca sendiri sajor.. Apa nk kesah? Hahaha.. Till we meet again guys! Terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir.. Klu korg ada apa2 topik menarik nk dibualkan, komen kat bawah.. Nanti kita buat topik baru.. Ada soalan?  Tanya je.. I'allah aku jawab selagi soalan2 tu xkan menimbulkan aib pada mana2 pihak.. CHOW!








8 comments:

Eila Zarila said...

Rase termotivasi pulak bace...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

Hahaha!! Moga sy kuat hadapi dugaan hidup.. gitu..

Unknown said...

wahhh...actually i like ur voice.. its ok jim..dlm dunia ni mcm² dugaan kita kena terima.. sama je kita ni jim..nak sedih sampai bila kan..so now 2018 kita buang yg keru ambil yg jernih utk masa depan kita..hati kena kuat segala hal.. teruskan berjalan jangan berhenti jangan toleh ke belakang lagi sbb dihadapan cahaya yg bersinar tu dr jauh sedang menanti kita..i know u can do it ur life jim..jgn putus asa segala hal..caiyok²💪💪💪

ω α η ι™ said...

Terbaikkkkk..besar dugaan seseorang itu mengajar kita lebih bersifat tabah..smoga lebih tabah menghadapi dugaan yang mendatang..

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

Dear Blogger Unknown, thanks for the positive words..
Bukan senang nk lupakan perkara/org yg kita syg.. especially bila kita xde buat salah.. munkin betul org kata, life is unfair.. so, i have to deal with it..

mmg perlu terus melangkah.. cuma semangat yg hilang, amat sukar dibaiki..
ntah lah?? mungkin ini lah dugaan emosi yg perlu i hadapi sepanjang hayat.. penat nk letak harapan di masa hadapan..

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

Blogger ω α η ι™

terima kasih Wani.. i juga doakan diri i kekal tabah utk hadapi hari2 mendatang..

Raynold Daniel said...

jim...hanya bersabar sahaja dlm semua perkara..diatas akan membantu kita kalau terus bersabar..i faham situasi u..actually i pernah situasi mcm u..lagi teruk dr u jim..berkat kesabaran dan dgn org² positif dpt membantu kita..yg penting jgn memikirkan sgt perkara yg dah lalu itu sbb ia akan menganggu fikiran kita..i know u strong jim..

dalila s said...

Di penjara janji.Jim.hehehe

"JANGAN MENINGGI DIRI, TAK SALAH MERENDAH DIRI"

"DON'T PRETEND LIKE A DIVA"

"BE YOUR SELF, NOT TRY TO BE LIKE OTHERS"